--

Love?
Entahlah bagi aku kalau kau dah cuba untuk bersama dengan seseorang tu kau sepatutnya hargai dia macam mana dia hargai kau, orang kata senang untuk kita sayang orang tapi pernah tak rasakan yang sayang orang tu tak semestinya kita perlu ikut 100% dengan apa yang dia katakan dekat kau. 

Hadirnya seseorang itu bukan untuk diajak gaduh atau masa susah je cari masa senang kau lupakan dia lagi lagi bila kau dah ju,pa kawan-kawan baik kau atau kawan lama kau. Hadirnya dia dalam hidup kau sebenarnya dia inginkan kasih sayang kau,melepaskan rindu dia dekat dan ingin meluangkan masa dengan kau tapi kau nampak tak? adakah kau nampak?

Atau kau tidak perasaan semua tu? kau hanya berpura-pura buat tak ada masalah, padahal masalah kemain lagi banyak macam apa, still kau tak pernah nak berkongsikan apa apa kepada dia. Kau hanya akan mencari 'point' kesalahan dia di mana dekat mata kau hanya kau saja yang betul dan dia? hanyalah seorang insan yang hanya dahagakan kasih sayang kau tapi itulah kau tak pernah nampak sebab apa? sebab hanya ego sahaja yang tengah menguasai kau sekarang ini bukankah begitu?

,